Tentang Saya

Foto saya
Pertama sekali saya mengucapkan selamat datang ke blog elektronik saya. Saya merupakan peminat elektronik, dan kini telah mula menjual dan membekalkan alat-alat elektronik .Sekiranya berminat atau ada sebarang pertanyaan boleh hubungi saya 017-6879202 (SMS tidak digalakkan) Atau email saya di star_trek1001@yahoo.com (akan dibalas dalam masa 24 jam) terima kasih
SILA LOG IN AKAUN FACEBOOK ANDA TERLEBIH DAHULU SEBELUM KLIK PROFILE FACEBOOK SAYA DIBAWAH Zul Elektronik | 

Kedai Saya Di Mudah.my

Isnin, 11 Jun 2012

Pembedahan Lasik Surgery

Apa itu LASIK?

LASIK (dikenali sebagai Laser Assisted In Situ Keratomileusis) ialah pembedahan pembetulan penglihatan untuk ralat pembiasan (rabun jauh dan dekat, dan astigmatisme) yang paling popular dan berjaya di seluruh dunia. Pembedahan LASIK buat kali pertama dijalankan lebih sepuluh tahun yang lalu, dan lebih 2 juta pembedahan LASIK sahaja telah dijalankan di Amerika Syarikat 2 tahun kebelakangan ini. Hari ini, prosedur ini banyak diamalkan di Eropah, Australia, Amerika Syarikat, Hong Kong, Jepun, Korea, Taiwan dan Singapura.

Prosedur pembedahan ini tidak memerlukan kita untuk masuk ke hospital dan ia hanya mengambil masa 10 minit. LASIK mengubah kelengkungan kornea. Mata akan merasa kebas selepas titisan mata anestetik dimasukkan ke dalam mata. Selepas itu doktor mata yang mahir akan membentuk satu lapisan kornea dengan alat microkeratome iaitu alat pembedahan mikro yang amat jitu. Selepas lapisan kornea ini dibentuk dan diketepikan, permukaan kelengkungan kornea akan diubahbentuk dengan sinaran laser Excimer. Lapisan tisu kornea ini amat nipis sekali dan prosedur menggunakan laser Excimer tidak memberi kesan kerosakan haba atau kesan parut pada tisu-tisu sekeliling. Selepas sinaran laser ini, flap kornea yang masih terlekat dikembalikan ke kedudukan asal tanpa perlu sebarang jahitan.

Pada dasarnya risiko akibat prosedur LASIK ini adalah amat kecil. Sebelum pembedahan dilaksanakan para pesakit perlu memjalani pemeriksaan pra-pembedahan bagi mengetahui samada pesakit tersebut sesuai ataupun tidak menjalani pembedahan LASIK







Sesiapa yang berminat boleh hubungi DR Muhaya pakar pembedahan Lasik

Klik Gambar Di Mudah.my Untuk Lihat Produk Terbaru

    

1 comments:

armouris berkata...

terjumpa info ni, juga pasal pembedahan lasik… sharing is caring :) - LASIK Teknik Pembedahan Laser Kornea

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...